Halaman

Ahad, 30 November 2008

Fedora Bidas Populariti Ubuntu

Fedora Bidas Populariti Ubuntu

Sunday, 23 November 2008 01:53

Komuniti Fedora Linux OS iaitu satu OS Linux percuma yang bernaung di bawah Red Hat baru-baru ini memberitahu pengguna mereka merupakan yang terbanyak yang mana jelas sekali mereka membidas bahawa Ubuntu (OS berasaskan Debian) merupakan distro Linux yang lebih ramai penggunanya.

Menurut komuniti Fedora lagi daripada pengkalan data yang mereka kumpulkan, mereka menganggarkan lebih 9.5 juta dan seramai 10.5 juta pengguna komputer menggunakan Fedora. Berbanding apa yang dikatakan oleh pengasas Ubuntu, Mark Shuttleworth yang mendakwa pengguna Ubuntu sekitar 8 juta pengguna.

Ketua Projek Fedora memberitahu yang mereka menggunakan kiraan jumlah IP unik yang mencapai server untuk proses kemas kini. Ini termasuklah Fedora versi 7, 8 dan 9.

Bagaimanapun, cara kiraan yang digunakan Fedora mungkin boleh diragui memandangkan ramai pengguna internet menggunakan alamat IP dinamik yang mana IP internet seseorang itu boleh berubah dari masa ke semasa. Ini mungkin menyebabkan pertindihan dalam kiraan data pengguna. Penggunanya mungkin orang yang sama tapi IP yang berbeza.

Mengikut data yang saya tahu, Red Hat iaitu Fedora versi berbayar mempunyai sejumlah 2.5 juta pengguna berbayar yang mana jika ini dicampur - pengguna keluarga Red Hat mencecah 13 juta orang.

Bagi penulis, kiraan ini tidaklah mustahil. Memandangkan Red Hat dan Fedora telah lama muncul sebelum Ubuntu. Malah saya juga mempunyai kawan yang belajar dalam bidang sains komputer yang mana mereka memang diajar untuk menggunakan Fedora. Ini belum dimasukkan ke dalam pasaran server lagi.

Apa kata anda?

-- saya kata saya rembat artikel ini dari sini :D

Tiada ulasan: